2022-07-21
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Antara keputusan yang telah dicapai Jawatankuasa Eksekutif FAM adalah seperti berikut:
PASUKAN KEBANGSAAN
1. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 16/17 TAHUN
KEJOHANAN AFF LELAKI BAWAH 16 TAHUN 2022, INDONESIA
Latihan Berpusat : 18 – 29 Julai 2022
Tempoh Pertandingan : 31 Julai – 12 Ogos 2022
PERANCANGAN PASUKAN (JULAI – DISEMBER 2022)
Latihan Berpusat : 1 – 8 September 2022
: 19 – 30 September 2022
Kelayakan Piala Asia AFC B17, Indonesia : 1 – 9 Oktober 2022
2. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 19/20 TAHUN
Jawatankuasa Eksekutif FAM merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan pasukan diketuai oleh Encik Mohd Joehari Mohd Ayub bersama barisan jurulatih di bawah Encik Hassan Sazali Waras atas kejayaan merangkul gelaran Kejohanan AFF Bawah 19 tahun di Indonesia pada 15 Julai lalu.
Berikut perancangan pasukan:
Perancangan Pasukan (Julai – Disember 2022)
Latihan Berpusat : 27 Julai – 2 Ogos 2022
: 3 – 13 September 2022
Kejohanan Bawah 19 2022, Vietnam : 5 – 11 Ogos 2022
Kelayakan Piala Asia AFC B20, Mongolia : 14 – 18 September 2022
3. PASUKAN KEBANGSAAN BAWAH 23 TAHUN
Perancangan Pasukan (Julai – Disember 2022)
4. PASUKAN KEBANGSAAN
Secara tentatif, pengurusan pasukan kebangsaan mengatur perancangan seperti berikut:
Perancangan Pasukan (Julai – Disember 2022)
Latihan Berpusat : 15 – 27 September 2022
: November 2022
Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru : 22 – 25 September 2022
AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 : 21 Dis 2022 – 17Jan 2023
(Tarikh belum diumumkan/dimuktamadkan oleh AFF)
BOLA SEPAK WANITA
1. PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH (PTSR)
Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) akan dijalankan pada 3 September 2022 sehingga 10 September 2022. Venue Perlawanan peringkat kumpulan dicadangkan di sekitar Lembah Klang atau mana-mana fasiliti yang bersesuaian sebagai penempatan penuh semua pasukan yang mana perlawanan tempat ke 3 dan ke 4 serta perlawanan Akhir akan dijalankan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Sebanyak 8 pasukan terbaik dari Liga Wanita Nasional (LWN) akan layak ke Piala Tun Sharifah Rodziah dan ianya akan dimainkan secara liga peringkat kumpulan, kemudian dua pasukan teratas peringkat kumpulan akan bermain di pusingan Separuh Akhir dan dua pasukan pemenang akan ke perlawanan Akhir.
2. PELANCARAN PELAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK WANITA NEGARA
Pelancaran Pelan Pembangunan Bolasepak Wanita 2035 yang sepatutnya dilancarkan pada 14 Mei 2022 telah dipinda pada penghujung bulan Oktober sebagai simbolik program berterusan Bola sepak Wanita FAM dan sebagai pelancaran aktiviti yang lebih aktif dan proaktif pada tahun berikutnya.
PERKEMBANGAN PETA HALA TUJU FAM F:30
PERKEMBANGAN TEKNIKAL
FAM akan melaksanakan program khas di bawah Pembangunan Bakat FIFA atau FIFA Talent Development Scheme (TDS) bagi merencanakan laluan kerjaya yang jelas buat bakat muda, khususnya yang berada di luar program NFDP dan sekolah sukan negeri dan Sekolah Sukan Malaysia. FAM juga akan mengenal pasti dan melatih jurulatih khusus untuk pengenalpastian bakat bagi mencungkil pemain di peringkat Liga Suparimau.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 21 Julai 2022