Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali Ke-56 telah berlangsung di Hilton Petaling Jaya pada Sabtu, 29 Ogos 2020.
Ia dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dengan dihadiri barisan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM serta 39 orang perwakilan daripada 20 Ahli Gabungan FAM.
Sejurus selepas kongres ditangguhkan, ia diteruskan pula dengan majlis menandatangani perjanjian lanjutan usahasama di antara FAM dan Malaysia Airlines bagi tempoh tiga tahun lagi iaitu 2021 hingga 2023.