Добавить новость
World News in Malay


Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM KALI KETIGA BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-12-27

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2017-2021 pada Rabu, 26 Disember 2018 yang dipengerusikan oleh YDH CP (Bersara) Dato' Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Sharif telah mencapai keputusan berikut:

 

Kes: Rayuan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018 berkenaan penamatan kontrak pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid melalui tebus kontrak.

Keputusan: Rayuan KFA telah ditolak dan keputusan Jawatankuasa Status FAM tersebut adalah dikekalkan.

 

Mengikut keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018, tuntutan Muhammad Akhyar untuk penamatan kontrak pemain melalui tebus kontrak telah diterima sepenuhnya dan beliau dibenarkan untuk menebus kontraknya bersama KFA dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.00.

Sebagai bayaran tambahan kepada KFA, mana-mana pasukan baharu yang menandatangani kontrak bersama beliau seterusnya dikehendaki membayar sebanyak RM75,000.00 kepada KFA untuk nilai pampasan latihan.

Untuk makluman, jumlah nilai pampasan yang ditetapkan di atas ini bukanlah diletak sewenang-wenangnya oleh FAM tetapi ia adalah berdasarkan artikel-artikel yang terkandung dalam Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.

Jumlah RM210,000.00 itu adalah berdasarkan jumlah gaji Muhammad Akhyar yang didarabkan dengan jumlah baki kontraknya bersama KFA, iaitu mengikut Artikel 15A: Penamatan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontrak oleh pasukan atau pemain.

Jumlah RM75,000.00 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.

Jumlah RM75,000.00 tersebut adalah nilai pampasan latihan yang menjadi wang tambahan untuk diperolehi KFA dengan mengambil kira nilai-nilai murni bolasepak.

Untuk itu, secara keseluruhan KFA akan menerima sejumlah RM285,000.00.

 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media










Топ новостей на этот час

Rss.plus