Добавить новость
World News in Malay


Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

FAM JUAL TIKET AKSI HARIMAU MALAYA DI PHNOM PENH & HANOI

2018-10-30

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa tiket bagi menonton dua perlawanan di tempat lawan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Kemboja dan Vietnam pada saingan Piala Suzuki AFF 2018 sudah boleh dibeli oleh penyokong Malaysia bermula hari ini (Selasa, 30 Oktober 2018) sehingga Sabtu, 3 November 2018.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bakal menghadapi dua aksi di tempat lawan iaitu bertemu Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada Khamis, 8 November 2018 bagi perlawanan sulung Kumpulan A dan berdepan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Jumaat, 16 November 2018 bagi perlawanan ketiga Kumpulan A.

Harga tiket bagi perlawanan bertemu Kemboja di Phnom Penh ialah RM13 sekeping (grandstand) dan RM7 sekeping (terbuka) manakala perlawanan menentang Vietnam di Hanoi ialah RM30 sekeping (terbuka).

Penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket bagi dua perlawanan di tempat lawan ini perlu mengikut langkah-langkah pembelian seperti berikut:

1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam - FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.

2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Nama Perlawanan, Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel tiket@fam.org.my.

3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Phnom Penh dari 6 hingga 8 November 2018 dan di Hanoi dari 14 hingga 16 November 2018. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi kedua-dua perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Sabtu, 3 November 2018 tidak akan dilayan.

FAM berharap inisiatif yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penyokong Harimau Malaya yang akan terbang ke Phnom Penh dan Hanoi nanti supaya mereka tidak perlu lagi risau memikirkan hal tiket perlawanan di sana.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media










Топ новостей на этот час

Rss.plus