Добавить новость


World News in Malay


Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PADA KEJUARAAN B-16 AFC 2018 DI KUALA LUMPUR

2018-04-26

Skuad bola sepak B-16 kebangsaan kendalian Lim Teong Kim, yang juga selaku tuan rumah Kejuaraan B-16 AFC 2018 telah diundi dalam Kumpulan A bersama Jepun, Thailand dan Tajikistan. Mereka bakal menghadapi Kejuaraan B-16 AFC yang dijadualkan berlangsung dari 20 September hingga 7 Oktober depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil hari ini, Iraq selaku juara edisi 2016 di India diundi dalam Kumpulan D yang disertai tiga lagi pasukan iaitu Korea Selatan, Australia dan Afghanistan.

Naib juara edisi 2016, Iran pula diundi dalam Kumpulan C bersama Vietnam, India dan Indonesia.

Sementara itu, saingan dalam Kumpulan B menyaksikan Korea Utara, Oman, Yemen dan Jordan akan berentap sekaligus melengkapkan kesemua 16 pasukan yang menyertai edisi ini.

Malaysia bakal membuka kempen bertemu Tajikistan pada 20 September nanti, diikuti aksi menentang Thailand pada 23 September dan Jepun pada 26 September - ketiga-tiga perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selain Stadium Nasional, dua lagi venue yang terlibat untuk kejohanan membabitkan 16 pasukan ini adalah Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya dan Stadium UM Arena, Kuala Lumpur.

Sekiranya Malaysia layak ke suku akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung pada 30 September untuk bertemu juara atau naib juara dari Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium MBPJ.

Seterusnya, aksi separuh akhir dan final pula dijadualkan pada 4 dan 7 Oktober juga di Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium MBPJ.

Dalam Kejuaraan B-16 AFC 2016, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan apabila kalah 0-3 masing-masing kepada Oman dan Korea Selatan serta mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Iraq.

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media










Топ новостей на этот час

Rss.plus