Добавить новость
World News


Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI PERTAMA BAGI PENGGAL 2025-2029

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI PERTAMA BAGI PENGGAL 2025-2029 fakhrul

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2025-2029 pada Jumaat, 14 November 2025 telah mencapai keputusan seperti berikut:

 

Defendan: Selangor FC iaitu kes berkenaan Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM) dan Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dibaca bersama Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) pada perlawanan Suku Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober 2025.

 

Kesalahan: Selangor FC telah didapati bersalah melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 serta melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM bagi Pertuduhan 5.

 

Pertuduhan 1:

Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor FC telah melakukan pembakaran mercun dan dianggarkan sebanyak dua kali letupan mercun telah dilihat dan didengari yang dibaling ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan FC.

 

Pertuduhan 2:

Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor FC telah merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk penonton dan membaling botol air ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan FC yang telah mengakibatkan kecederaan kepada dua orang penyokong Negeri Sembilan FC.

 

Pertuduhan 3:

Pada perlawanan tersebut, dari tempat duduk orang kenamaan, seorang VVIP dari pihak Selangor FC telah membaling bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain pasukan Negeri Sembilan FC.

 

Pertuduhan 4:

Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor FC telah melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan di antara kedua-dua penyokong di tempat duduk penyokong.

 

Pertuduhan 5:

Pada perlawanan tersebut, Selangor FC telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran seperti:

(b) mematuhi dan melaksanakan undang-undang keselamatan sedia ada (undang-undang FIFA & AFC, undang-undang FAM, undang-undang nasional, perjanjian antarabangsa) dan mengambil setiap langkah keselamatan mengikut keadaan sebelum, semasa dan selepas perlawanan dan jika insiden berlaku;

(d) memastikan pihak berkuasa tempatan dimaklumkan dan bekerjasama dengan mereka secara aktif dan efektif;

(e) memastikan bahawa undang-undang dan peraturan di dalam stadium dan kawasan sekitar adalah terpelihara dan perlawanan dianjurkan dengan baik, sehingga membolehkan (i) kemasukan dan pembakaran mercun oleh penyokong Selangor FC; (ii) kejadian merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk penonton dan membaling botol air ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan FC sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua orang penyokong Negeri Sembilan FC; (iii) perlakuan yang tidak wajar dari tempat duduk orang kenamaan yang membolehkan bekas minuman plastik berisi air dibaling ke arah keluarga pemain pasukan Negeri Sembilan FC; dan (iv) terjadinya kekecohan di antara kedua-dua penyokong di tempat duduk penyokong di stadium.

 

Hukuman: Akibat daripada pelanggaran-pelanggaran di atas, maka Selangor FC adalah dikenakan hukuman seperti berikut:

1. Bermain tanpa penonton (beraksi di stadium kosong) untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA, iaitu perlawanan Separuh Akhir 2 Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 30 November 2025 dan perlawanan pertama Selangor FC di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya.

2. Didenda sebanyak RM100,000 akibat daripada kesalahan berulang (Artikel 42, Perenggan 1 Kod Tatatertib FAM). 

Selangor FC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

 

  • Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 15 November 2025

Date
Image
News Category

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media










Топ новостей на этот час

Rss.plus