Добавить новость
World News


Новости сегодня

Новости от TheMoneytizer

SIARAN MEDIA: MALAYSIA TUAN RUMAH AKSI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026 DI ANTARA PALESTIN DAN JORDAN

2024-08-08

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di antara Palestin dan Jordan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa, 10 September 2024.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini.

PFA sebelum itu mencari venue yang sesuai untuk dijadikan gelanggang neutral atau gelanggang sendiri mereka bagi aksi kedua Kumpulan B, Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Selepas perbincangan, kata sepakat telah dicapai antara FAM dan PFA yang mana Datuk Haji Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA bersetuju untuk menawarkan venue neutral di Malaysia dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipilih.

FAM menyifatkan ia satu penghormatan yang cukup besar buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara yang diberikan kepercayaan oleh Palestin untuk menjadi gelanggang neutral buat pasukan kebangsaan mereka.

Malah, FAM berasa bertuah kerana PFA memilih untuk mengadakan aksi pertama pasukan kebangsaan mereka di gelanggang sendiri dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Malaysia.

Pada masa sama, FAM akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan Palestin berada di negara ini.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini pernah menjadi venue neutral bagi aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober 2017.

Terdahulu, Palestin melakar sejarah apabila berjaya menempah slot ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama selepas meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Lubnan di Doha, Qatar pada 7 Jun lalu.

Pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, Palestin diundi berada dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, Iraq, Oman, Kuwait selain Jordan.

Kejayaan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 itu juga sekali gus menyaksikan Palestin yang dibimbing Makram Daboud layak secara automatik ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

 

* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 8 Ogos 2024

Читайте на сайте


Smi24.net — ежеминутные новости с ежедневным архивом. Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. Абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть —онлайн с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии. Smi24.net — живые новости в живом эфире! Быстрый поиск от Smi24.net — это не только возможность первым узнать, но и преимущество сообщить срочные новости мгновенно на любом языке мира и быть услышанным тут же. В любую минуту Вы можете добавить свою новость - здесь.




Новости от наших партнёров в Вашем городе

Ria.city
Музыкальные новости
Новости России
Экология в России и мире
Спорт в России и мире
Moscow.media










Топ новостей на этот час

Rss.plus